Wednesday, September 12, 2007

Kurikulum






SIOW HUI SAN

Keputusan 8A Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005

Tuesday, September 11, 2007

Lagu Sekolah

Riang Bersama Menuju
Ke Suatu Destinasi
Pelbagai Bangsa Setia Berbakti
Keranamu SMK Simpang Gelami

Berjayalah Anak Negeri
Bersama Menggapai Cita-cita
Budaya dan Budi Etika Bersama

Belajar Berusaha dan Berjaya
Kata Keramat Kami Semua
Belajar Berusaha dan Berjaya
Lagu : Md Taha Amri
Lirik : SMK Simpang Gelami

Sejarah Sekolah

SMK Simpang Gelami siap dibina pada tahun 1983 dan mula beroperasi pada 13 Januari 1984. Pada awalnya, SMKSG mempunyai dua buah bangunan 3 tingkat yang menempatkan bilik-bilik darjah, pejabat, dan bilik-bilik khas. Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan bengkel subjek Kemahiran Hidup dan sebuah kantin. Bermula tahun 2002, beberapa bangunan lagi dibina iaitu sebuah makmal komputer dan dua blok asrama,surau dan dewan makan.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Simpang Gelami. ( SMRSG ) dan hanya menawarkan tempat belajar untuk kelas Peralihan hingga Tingkatan 3 sahaja. Bermula tahun 1995, SMRKSG mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dan nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Simpang Gelami (SMSG). Seterusnya pada pada tahun 2002, nama sekolah ini ditukarkan pula kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami (SMKSG)

Tn. Hj. Abdullah Bin Saffar adalah pengetua pertama sekolah ini. Sehingga kini, SMKSG dipimpin oleh seramai 8 orang pengetua. Pengetua SMK Simpang Gelami pada masa sekarang ialah Tuan Hj. Rosdin Kasim.

SMKSG telah mencapai banyak peningkatan dan kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pada tahun 2005 SMKSG berjaya melahirkan seorang pelajar PMR paling cemerlang iaitu Siow Hui San yang berjaya mendapat keputusan 8A.

SMKSG akan terus mengorak langkah kehadapan dalam menuju kecemerlangan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.

Bulan Patriotisme...2007



Pertandingan sajak antara guru-guru. Semua guru menunjukkan bakat terpendam....dengan penuh semangat kemerdekaan.....





Pelajar-pelajar turut menonjolkan bakat yang terpendam dalam pertandingan sajak.............


PERKHEMAHAN PERDANA



Perkhemahan perdana yang berlangsung pada 7 hingga 9 September 2007....

Melibatkan 7 badan beruniform di SMK Simpang Gelami